Jumat, 18 Mei 2012

~* Pengharapan *~





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Ibn Al-Qayyim mengatakan: 

“Sesungguhnya dalam hati ada robekan yang tidak dapat dijahit kecuali dengan menghadap sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Dalamnya juga ada keterasingan yang tidak mampu diobati kecuali dengan menyendiri bersama Allah s.w.t.” 

Dalam hati ada kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh karana mengenal Allah s.w.t dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya. Dalam hati juga ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun karana Allah s.w.t. Ada juga gejolak api yang tidak mampu terpadam kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah s.w.t yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.

Dalam hati juga ada tuntutan kuat yang tidak akan berhenti sebelum Allah s.w.t menjadi satu-satunya tujuan. 

Dalamnya pun ada kemauan yang tidak terpenuhi kecuali oleh cinta kepada Allah s.w.t, mengingati-Nya terus-menerus dan keikhlasan penuh kepada-Nya. Bahkan jika hati ini diberi dunia dan segala isinya, keinginan tersebut tetap tidak akan dipenuhi (tanpa menghadap sepenuhnya kepada Allah s.w.t). 

Oleh yang demikian, doa termasuk ibadah paling indah. Dengannya hati akan menghadap Rabbnya demi menambal robekan, menghilangkan keterasingan, kesedihan dan kerugian. 

Mari, siapkan diri dan hati kita karana saat ini kita akan menghadap Allah s.w.t. Mari perbaharui niat kita dan memohon kepada Allah s.w.t supaya kita termasuk orang-orang yang mendengar nasihat dan pesan-pesan yang baik. Ketahuilah, doa tersebut pasti akan dikabulkan. Kita akan melihat hal itu. 

Agar Kedua Tangan Tetap Mengemis Pada-Nya 

Mari kita simak beberapa pertanyaan berikut yang harus dijawab agar pemahaman kita terhadap doa menjadi lebih jelas: 

1.Adakah kita memiliki masalah?

2. Adakah hidup kita teratur dengan sempurna?

3.Adakah kita memiliki cita-cita yang ingin dicapai?
4. Adakah kita selamanya santai sepanjang hidupnya?
 

5. Adakah kita memiliki harapan-harapan besar yang sulit 
    diraih?

6. Adakah kita merasa tenang karana yakin dosa-dosa kita


 tidak akan membuatkan kita masuk neraka?



7. Adakah kita sama sekali tidak memerlukan Allah s.w.t?



8. Adakah kita punya satu obsesi yang mau digapai?



Kita semua memiliki banyak tuntutan. Baik harta, isteri, pekerjaan, anak-anak dan 


sebagainya. Kita juga selalu mengharap keredhaan, petunjuk dan kurnia Allah s.w.t malah 


mempunyai pelbagai persoalan yang ingin diselesaikan. 



Seolah-olah masalah-masalah dan persoalan-persoalan tersebut dibagi rata agar kita 


kembali kepada-Nya. 



Seolah-olah segala keinginan dan cita-cita kita ditunda supaya kita sentiasa menadah 


kepada-Nya. 



Seolah-olah ampunan Allah s.w.t tidak dapat diketahui, apakah telah diberikan atau belum 


supaya kedua-dua tangan kita sentiasa rajin menadah ke langit.



Kita cukup berbangga boleh menadahkan tangan, mengarahkan pandangan dan 


menggerakkan kedua-dua bibir kita kepada Rabb, seru sekalian alam. Pada saat itu, 


berbahagialah karana hati kita telah bergantung kepada selain daripada diri sendiri.

Ibadah doa memiliki posisi istimewa dalam hati. 

Ya Allah, dengan wasilah (perantaraan) bahawa Engkau adalah Pemilik segala puji. Tiada yang 


disembah selain Engkau. Engkaulah Maha Pemberi, Maha Pencipta langit dan bumi, Pemilik 



Keagungan dan Kemuliaan. Wahai yang Maha Hidup dan Maha Tegak, hamba memohon agar


 Engkau kabulkan doa kami dan Engkau jadikanlah lidah kami sentiasa gemar melantunkannya dan

 hati kami pun sentiasa bergantung kepadanya!



Tujuan ibadah doa ini adalah agar tangan kita selalu menadah ke atas memohon kepada 


Allah s.w.t dan agar kita memiliki keyakinan kuat bahawa Allah s.w.t akan mengabulkan 


permintaan kita bila kita berdoa kepada-Nya. Apa lagi yang membuatkan kita tidak berdoa 


kepada-Nya? Masuk akalkah seseorang yang sedang tenggelam? Masuk akalkah seseorang 


yang sedang memerlukan, meminta pertolongan dari orang yang juga menginginkan? 



Saudara, marilah kita membuka pintu doa kita


Wahai manusia, kalianlah yang memerlukan Allah s.w.t dan Allah s.w.t, Dialah Yang 


Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” 


(Surah Fathir : 15)



Allah Maha Besar! Alangkah dalam pengertian ayat ini! Kita semua memerlukan Allah! Kita 


semua adalah hamba-hamba yang fakir, penguasa kita fakir dan rakyat jelata kita pun fakir. 


Orang kaya kita adalah fakir dan orang miskin kita juga fakir. Namun Allah s.w.t yang Maha 


Kaya (Al-Ghaniy Al-Hamid). Kata-kata 'Al-Ghaniy' ini disebutkan di dalam bentuk ma’rifah 


agar kita tahu bahawa kekayaan ini adalah kekayaan yang mutlak dan pasti. 



Wahai sang fakir, kepada siapakah engkau akan kembali?



“Katakanlah, 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kepada 


mereka yang Kau kehendaki dan cabutkan kerajaan dari orang yang Kau kehendaki. 


Kau muliakan mereka yang Kau kehendaki dan Kau hinakan orang yang Kau 


kehendaki. Di yadd (kekuasaan) Kau-lah segala kebajikan. Sesungguhnya Kau Maha 


Kuasa atas segala sesuatu.'”


(Surah Ali Imran : 26)

“Kita semua adalah fakir miskin yang memerlukan Allah s.w.t.” 

Masuk akalkah seorang fakir miskin meminta sesuatu kepada sesama fakir miskin? Masuk akalkah seorang fakir miskin mengharap bantuan juga dari sesama fakir miskin?! ..wallahualam....


 
ﺁﻣِّﻴﻦَ ﻱَ ﺭَ ﺑَّﻞْ ﻋَﻠَﻤِﻴّﻦْ ..

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

...Salam Ukhuwah.... ...